Fruit Cocktail꘡ Setelah lama bertapa maka terhasillah fruit cocktail versi anakdenesor yang derhaka.Macam biasalah mesti ada yang tak cukup bahan.(sengal gak dak ni) Jom AD share kan resepi yang lengkap di bawah. Jangan jadi macam AD menderhaka je kejenye. LOL.
Bahan-bahannya
- Gula (lebih kurang 2-3 sudu)
- Buahan dalam tin
- Nata de coco
- Susu cair 1 tin
- 1 sudu tepung jagung (part ni AD derhaka, tak buh pon)
Caranya.
- Asingkan buahan dalam tin daripada air nya. (Buah satu bekas, air buah satu bekas)
- Asingkan Nata de coco (Buah satu bekas, air buah satu bekas)
- Didihkan air buahan bersama satu tin susu cair
- masukkan 2 sudu gula
- masukkan 1 sudu tepung jangung untuk memekatkan kuah.
- Biarkan sejuk seketika selepas semuanya sebati
- Campurkan buah nata de cooc, dan buah campuran tin dalam satu mangkuk
- kemudian tambah kuah yang dibuat tadi, masukkan ais batu dan sedia untuk diminum.
Senang kan, better masukkan teoung jagung sebab klo tak isi nanti susu cair jadi berketul2 tak smooth untuk makan. Tapi klo sejenis macam AD yang xde stock, tapi malas nak keluar kan asal boleh je, jadi la tu. LOL.