Hello Peeps!
It's Satur-Day cook again! Dah lama tak main masak masak kan. Jom kali ni nak share satu resepi yang berasal daripada Mexico. Boleh dimakan untuk sarapan atau pon sebagai snack waktu petang. Nama nya ialah Quesadilla. Jom kite lihat bahan dan cara penyediannya. Since tak cukup bahan, so AD guna je bahan apa yang ade kat rumah tu.
- 3 keping Roti Tortilla
- 200gm Isi Dada ayam (dihiris)
- ½ sudu kecil Paprika
- ½ sudu kecil Oregano
- 2 labu Bawang Merah Besar (dihiris)
- 2 biji Tomato (dicelur, dibuang kulit, didadu)
- 3 sudu jagung frozen (sebab tak suka banyak)
- ½ cawan Keju Jack (diparut)
- ½ cawan Krim Masakan
- Garam
Bahan-bahan Quesadilla Ayam:
- Perap isi ayam bersama paprika, oregano. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Selepas itu, panaskan grill-pan dan grill ayam di atas api yang kuat hingga masak. Alihkan ke tepi.
- Tumis bawang hiris dengan api yang kuat, perasakan dengan garam dan lada hitam dan juga masukkan jagung frozen.
- Untuk penyediaan quesadilla, aturkan ayam bersama bahan tumisan tadi diatas roti tortilla, taburkan dengan keju jack, ulangkan lapisan dan tutupkan dengan roti tortilla dan tabur lagi dengan keju.
- Sepatutnya kene bakar dlm oven, tapi AD masukkan dlm air fryer and set timer 6- 7 minit dah siap.