Melaka; Where to eat.꘡ Since Melaka akan dibuka untuk sektor pelancong bermula 1 October nanti, apa kata kita risik-risik tempat makan yang harus dilawati jika kita melancong ke Melaka based on tempat popular dan wajib singgah.
1. BIG BOWL ICE
Terdapat 3 cawangan untuk Big Bowl Ice iaitu di Batu Berendam, Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Ianya merupakan kedai wajib cuba untuk anda penggemar ice dessert. Pelbagai pilihan disediakan dan pastinya segar dan menyelerakan.
![]() | ||
Gambar daripada last vacation |
![]() |
AD pilih Mango dan Strawberry. Segar dan manis. |
Menggunakan ais yang dikisar pastinya menyejukkan tekak. Terdapat pelbagai jenis topping yang anda boleh pilih semestinya membuatkan anda rambang mata disana. Terdapat beberapa size bowl yang anda boleh pilih. Kalau datang bersama keluarga semestinya pilih Big Bowl.
HOW TO ORDER
1. Anda boleh ke kaunter dan memilih size dessert yang bersesuaian dengan citarasa anda
2. Pilih topping dan perisa yang anda mahu
3. Bayar dan tunggu pesanan anda disediakan
2. MAMEE JONKER HOUSE
Berada di rumah Mamee ini pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dimana AD sendiri penggemar jajan Mamee ini. Mamee Jonker House terletak di No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka.
Ianya terletak di deretan kedai lama, senang untuk dicari. Jadi?apa yang menarik sangat di kedai MAMEE ini? Menariknya kerana anda boleh buat 4 aktiviti di dalam kedai tersebut.
- Cafe
- Merchandise
- Noodle doodle
- Lil monster kitchen
A) MAMEE CAFE
Dengan menggunakan Mamee as their main ingredients dalam masakan mereka. Pelbagai menu boleh dicuba.AD cuba nasi ayam kepal mereka yang menggunakan perisa Mamee sebagai sup ayam mereka.
B) MAMEE MERCHANDISE
Anda boleh melawat Mame merchandise yang disediakan disitu. Pelbagai barangan menarik antaranya mug, goodie bag, pakej mamee dan juga t-shirt.
C) NOODLE DOODLES
Anda boleh personalized Mamee Chef Noodle Cup mengikut citarasa anda sendiri. Boleh Mix and Match seasoning dan condiments. Tentunya merupakan souvenir yang istimewa bagi mengingati trip anda ke Melaka. Tunggu apa lagi, start doodling sekarang.
D) LIL MONSTER KITCHEN
Pernah tak anda berasa curious, rasa ingin tahu bagaimana Mamee dihasilkan? Ha jangan risau, anda boleh terokai sendiri penghasilan Mamee di kitchen Monster ini.
lokasi:
46 & 48, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
3. ASAM PEDAS RACHUN
Lokasi:
No 12, Jln KPKS1, Kompleks Perniagaan Al-azim, 75200 Kota Syahbandar, Melaka
Pelbagai menu disajikan disini dengan harga yang berpatutan. Anda boleh baca pengalaman AD makan di restaurant ini SINI
4. EE JI BAN CHICKEN RICE BALL
Jangan lepaskan peluang untuk makan nasi ayam bebola daripada ee ji ban. Merupakan salah satu kedai yang paling popular di melaka. Jangan risau, servis yang diberikan sangat pantas cuma kena bersabar menunggu giliran. Sebab kedai ini memang sentiasa penuh. Dengan harga yang berpatutan memang berbaloi untuk makan disini.
lokasi:
275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Harap dengan pengkosian kali ini anda dapat merancang jadual anda tapi SOP jangan lupa yea..patuhilah SOP.