Spaghetti goreng basah꘡ Kembali lagi kita di segmen Satur-day-cook. Maka resepi derhaka apakah yang AD ingin kongsikan pada hari ini ialah spaghetti goreng basah. Derhakanya kerana AD sejenis yang tak suka mee kuning jadi kita alter la sket guna spaghetti. Mat salleh sangat kau yea. Marilah kita tengok resepinya.
Bahan-bahan untuk mee goreng:
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan anda)
- 3-4 sudu besar kicap
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 8-10 ekor udang
- Sayur sawi
- satu pek bebola ikan
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- Spaghetti secukupnya
Cara Penyediaan:
- Rebus Spaghetti dengan satu sudu minyak dan secubit garam
- Cincang kasar bawang putih.
- Potong fishball.
- Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
- Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, dan fishball.
- Masukkan lada sulah dan air
- Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
- Masukkan daun sawi kemudian Masukkan Spaghetti
- Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis
😆Selamat mencuba resepi dehaka kali ini..berjumpa lagi pada sabtu minggu depan untuk resepi derhaka yang lain.