Burger ala McD꘡It's Satur-cook-Day again! ha kali ni terpengaruh dengan Khairul Aming ha. Dok scroll IG sekali nampak resepi ni.. apa lagi terus cari burger bun. Senang je nak buat tau. Jom kita tengok bahan- bahan nya
Bahan-Bahan:
- Burger bun
- Sayur salad,tomato, timun
- Dada ayam (AD guna boneless chicken)
- Tepung serbaguna (tak kisah jenama apa pon, AD guna adabi spicy)
- Telur sebiji
- Sos cili
- Mayonis
Caranya:
- Panaskan kuali dan sapukan mentega pada bun burger. Fry sehingga sedikit kekuningan dan angkat.
- Pecahkan telur dan kacau telur tersebut
- Bersihkan dada ayam dan kemudian celurkan dada ayam tersebut ke dalam telur
- Kemudian salutkan dengan tepung serbaguna
- Goreng sehingga masak
- Setelah masak, letakkan di atas bun dan lapiskan dengan salad,tomato,timun, sos cili dan tak lupa juga mayonis.
Proses penyediaan macam burger biasa cuma yang bezanya kita gunakan dada ayam sahaja. Selamat mencuba!
Google picture |
Soalan: Saya ada dengar bahawa golongan lelaki yang memakai seluar labuh melebihi buku lali adalah berdosa dan akan masuk ke dalam neraka. Apakah benar kenyataan ini kerana seluar pejabat saya semuanya labuh hingga ke bawah buku lali.
Jawapan: Buat pengetahuan semua, memang terdapat hadis menjelaskan perkara itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Imran, Nabi SAW bersabda: " Sesiapa dalam kalangan kamu yang melabuhkan pakaian (melebihi buku lali) untuk berbangga diri, maka Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak. Lantas Abu Bakar bertanya kepada Nabi SAW: Ya Rasulullah, bagaimana pula dengan pakaian aku ini (yang juga agak labuh)? Jawab Nabi SAW: Sesungguhnya kamu bukan dalam kalangan mereka yang menyombong diri." (Riwayat al-Bukhari)
Daripada hadis serta perbincangan antara Nabi dengan Abu Bakar, dapatlah diketahui bahawa larangan melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali adalah untuk golongan yang mempunyai perasaan sombong dan riak terhadap golongan fakir miskin. Ia bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang melabuhkan pakaian tetapi turut ditujukan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan sedemikian termasuklah bagi mereka yang menaiki kenderaan mewah dengan tujuan menunjuk-nunjuk.
Pengecualian yang dikenakan kepada Abu Bakar yang ketika itu berpakaian labuh melepasi buku lali adalah hujah sangat kuat bagi menjelaskan bahawa golongan lelaki yang berpakaian labuh tanpa ada sekelumit perasaan sombong dalam hati adalah dibenarkan.
*credit to Berita Harian
Soalan: Bolehkah Kita Minum Air Yang Dijual Dalam Peti Ais Yang Dalamnya Berkongsi Dengan Air Arak,biarpun Arak Itu Berada Di Tingkat Bawah Sekali?
Jawapan: Harus minum air (yang halal) walaupun ianya disimpan dalam peti ais yang
berkongsi dengan arak kerana ianya terkandung dalam tin atau botol yang
berasingan.
Soalan: Bolehkah Kita Memberi Daging Korban Atau Akikah Kepada Orang Bukan Islam?
Jawapan:
Allah SWT berfirman:
فَكُلُواْ مِنۡهَا وَأَطۡعِمُواْ ٱلۡقَانِعَ وَٱلۡمُعۡتَرَّۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرۡنَٰهَا لَكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Kami nyatakan di sini pendapat-pendapat yang berkaitan dengan permasalahan ini iaitu :
1. Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban.
2. Mazhab Maliki berpendapat hukumnya makruh seperti memberi makan kepada Yahudi atau Nasrani.
3. Mazhab Hanbali berpendapat hukumnya harus dihadiahkan kepada orang kafir daripada daging korban yang sunat. Adapun yang wajib tidak diharuskan.
4. Dalam mazhab Syafi’e, yang masyhur tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Kesimpulannya, Kami berpendapat bahawa di dalam isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Kami katakan di sini:
- Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
2. Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.
* credit to http://kemusykilan.islam.gov.my