Hello peeps! I will try to post about recipe once a week so that we have something to experiment during weekend 😛I called it Satur-cook-Day!! yeahhh Untuk minggu ini, Ad kongsikan satu resepi yang mudah, senang dan yang paling penting healthy food iaitu "Tauhu sumbat"
SEJARAH
Tauhu di dalam bahasa Hokkien bermaksud doufu. Membawa maksud "kacang soya yang ditapaikan" Penemuan di China sekitar Dinasti Han lebih kurang 2,200 tahun yang lalu.Ditemukan oleh Liu An, bangsawan dan juga cucu kepada Maharaja Liu Bang (pengasas Dinasti Han) -Credit to wikipedia-
Resepi Tauhu sumbat

Bahan-bahannya:
2. carrots
3. Timun
4. Sengkuang ( kalau minat)
5. lada sulah
6. lada hitam
7.garam
Caranya:
1. Potong tauhu secara bucu ke bucu supaya membentuk segitiga dan goreng tauhu tersebut hingga warna kekuningan
2. carrots, timun, sengkuang dipotong nipis, boleh juga disagat
3. Rebus sebentar bahan yang disagat tadi (no 2)
4. Selepas direbus, keringkan dan gaulkan dengan lada sulah, lada hitam dan tambah secubit garam.
5. Sumbatkan di tengah tauhu ( make sure potong sedikit di bahgian tengah)
Ha amacam..mudah bukan..resepi kompem jadi..so jangan takot untuk mencuba..ini cara AD, mungkin lain orang lain caranya..sebab AD sejenis yang tak suka letak perasa, tak guna serbuk ajinomoto. Stay healthy stay safe
-xoxo-