
Location:
23-G Jalan Anggerik Vanilla, BF31/BF, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
AD berkesempatan untuk membasahkan tekak di Inside Scoop cawangan kota kemuning. This is my first time, and the interior amat berbeza dengan inside scoop cawangan lain yang AD pernah pergi. Cantik! Actually tak plan pon nak pergi sini cuma tetibe teringin nak makan ice cream kan..tetiber je. Untuk mencari kedai ni tak susah sangat, cuma nak ke kota kemuning tu kedalam sikit jalan nya, dan AD tak suka traffic di kota kemuning, dengan roundabout lagi. Rimas.

see ramai yang dah beratur
How to order

Anda perlu beratur, dan pergi ke kaunter untuk order. For ice cream, ada beraneka pilihan then boleh pilih berapa scoop yang anda mahu. Harga pula bergantung pada pilihan scoop anda tadi.
Basically anda perlu beratur, pilih berapa scoop anda mahu dan bgtau juga perisa apa anda mahu.
Then untuk waffle pula, anda boleh pilih waffle apa yang anda mahukan, pilihan jem (peanut,chocolate, strawberry, etc) then pilih ice cream apa yang anda mahu. Selepas pesanan diambil anda akan diberikan nombor dan boleh letakkan nombor tu di seat pilihan anda dan mereka akan hantarkan ke seat anda.

Interior kat sini cantik, actually kne bukak kasut/seliper tau sebelum duduk tapi untuk gambar ni AD pakai kasut sekejap then cabut balik..heheh gegeh nau. Hot spot tau buaiyan ni..ramai yang duduk sini tapi kebetulan time tu ada satu lagi seat kosong so AD pon apa lagi cepat cepat la duduk.

Untuk ice cream AD order chocolate. Rasa dia sama macam ferrero rocher. Sedap! dapat rasa kacang die, terbaik la. Lupa pula nak snap gambar terus makan..hehehe.. AD dapat kad diskaun untuk next time visit, kisahnya air minuman AD tak sampai, diaorg lupa nak hantar so nak jaga hati customer diaorg bagi kat diskaun RM5 untuk next visit. Okay la at least depa admit kesalahan depa.
Rating!
Interior ⭐️ ⭐️⭐️⭐️
Food⭐️⭐️⭐️⭐️
Satisfaction ⭐️⭐️⭐️⭐️
Price⭐️⭐️⭐️
Repeat again? YES!