Semenjak PKP ni nak keluar rumah pon rasa malas. So arini AD nak share satu resepi yang mudah dan ringkas, sesuai dibuat pencuci mulut ketika berpuasa ini iaitu Agar-agar milo 2 layer. Jangan risau, bahan bahan nak buat sangat mudah dan senang nak cari.
Until then ~~XOXO~~AD
Bahan-bahan:
- Agar-agar 1 bungkus 14g
- 1 Tin susu cair (AD guna separuh sahaja)
- 2/3 cawan gula
- 1 cawan milo
- 1 litre air
- 1 pack oreo(patah -patahkan, krim jangan masukkan skali) tapi AD tak letak pon
- Masak air atas api sampai panas
- Masukkan agar-agar dan gula sampai larut kemudian masukkan susu sampai mendidih dan tutup api.
- Bahagikan kepada 2 aduan. Satu adunan masukkan milo,kacau dan tapis (tapi AD masukkan milo tak tapis pon hehe)
- Kemudian masukkan dalam acuan agar agar milo tadi
- Tunggu sehingga sejuk sedikit kemudian masukkan agar agar tanpa milo dan oreo( cakar cakar guna garfu dlu bahagian atas agar agar milo supaya senang untuk melekat)
- Masukkan dalam peti ais, tunggu sehingga sejuk dan sedia untuk dimakan
*Penting: Sementara nak tunggu agar agar milo sejuk, lapis agar agar putih dalam mangkuk air panas (double boiling) supaya agar agar putih tidak keras.