Hello peeps!
Kisahnya semalam AD nak menghabiskan cheese yang dekat rumah..dok fikir nak buat apa dengan cheese banyak kat rumah..so AD gegeh la google resepi..last nya terjumpa la resepi cheesy ball..kaching! tapi barang kat rumah tak lengkap..tak de breads crumbs so AD ganti dengan tepung kentucky..asal boleh je..meh kite tgk resepi die.
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang
- 1 cawan tepung gandum
- setengah cawan minyak masak
- mozzarella / cheddar cheese *(Tips: Kalau suka efek ‘tarik’ macam pizza boleh guna mozzarella. Kalau suka ‘melting’ meleleh-leleh boleh gunakan cheddar.)
- breadcrumb
- 2 bji telur
Langkah-Langkah nya:
- Mula-mula, rebuskan ubi kentang sampai empuk. Kemudian, toskan.
- Setelah kentang tersebut sejuk,lenyekkan sehingga hancur..kalau ade rempah ratus boleh letak utk dapatkan rasa spicy tapi AD gunakan chili flakes
- Selepas tu masukkan satu cawan tepung gandum dan setengah cawan minyak masak
- Uli menjadi doh..klo still lagi lembik boleh tambah tepung...adjust sehingga menjadi doh yang sempurna dan rehatkan dalam 5 minit.
- Then bentukkan adunan doh tersebut seperti bola then masukkan cheese yang dipotong tadi (faham ke?)
- Salutkan dengan telur
- Then salutkan dengan bread crums dan gorengkan.*Pastikan minyak cukup panas masa menggoreng utk elakkan cheesy menjadi berminyak