Saya ingin bertanya apakah hukum membaca al-Quran di rumah dengan tidak memakai tudung terutamanya bagi kaum wanita?
Menutup aurat bagi kaum wanita adalah
wajib apabila berada di luar rumah. Ketika membaca al-Quran di rumah, kita
dituntut memakai pakaian yang menutup aurat, berada di tempat elok dan kedudukan
yang elok sesuai dengan ketinggian al-Quran tersebut. Namun tidaklah wajib
menutup aurat sebagaimana menutup aurat seperti di luar rumah, sekadar memakai
pakaian yang sopan.
Apakah hukum sekiranya seseorang
membatalkan puasa sunat apabila ada kenduri atau jamuan makanan pada hari tersebut?
Dalam hal ini, kita dibenarkan membuka puasa sekiranya terdapat jamuan
atau kenduri kerana Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kita berbuat demikian.
Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW yang bersabda: “Suatu hari Rasulullah
keluar dan berkata, ‘Saya sedang berpuasa.’ Lalu aku berkata kepada Baginda,
‘Wahai Rasulullah, ada orang yang memberi hais kepada kita.’ Baginda berkata,
‘Bawa ke sini, sebenarnya saya sudah berniat puasa.’ Kemudian Baginda pun makan.”(Hadith
riwayat Muslim)
*sumber pendidik
Hukum memakai inai bercorak dan dilukis
berbentuk lukisan bunga atau daun. Adakah haram dan menyerupai tatu?
Berkenaan hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009
telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki
adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna
yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur
yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau
ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan,
lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan
syara’ adalah dilarang.
Mohon diberi penerangan perbezaan antara zakat, infaq dan sedekah
Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak yang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.
Infaq ada
yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, diantaranya infaq kepada fakir miskin
sesama Muslim , infaq bencana alam dan sebagainya.
Sedangkan sedekah maknanya lebih
luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan
bukan material. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan
kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak
bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :
“Setiap tasbih adalah sedekah, setiap
takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf
sedekah, nahi mungkar sedekah sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri
juga sedekah”.
Sedekah adalah ungkapan kejujuran
(shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang
yang member harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala
yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan.
Disebutkan dalam surah Al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud : “adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar”.
Wallahu’alam
* sumber muftiselangor
Resepi nasi lemak confirm jadi ⎸ AD memang penggemar nasi lemak tapi tak pernah cuba buat..then PKP la membuatkan AD bertukar menjadi chef yang tak diiktiraf..hahah. mula mencuba pelbagai resepi..AD dapat reseepi ni daripada google..maaf tak igt pula dari site mana.
tadaaaa |
- 2 Pot beras
- 1 1/2 air
- 1 1/2 santan
- Secubit garam
- 1-2 ulas bawang merah dihiris
- 2 inci halia(dihiris)
- daun pandan(disimpul)
- Cuci beras sehingga bersih
- masukkan sukatan air dan santan (make sure guna bekas sukatan yang sama)
- Masukkan hirisan bawang dan halia.
- kacau semua bahan dan masukkan satu sudu minyak(untuk mengelakkan nasi bergumpal)Masak seperti biasa
- Bila nasi hampir masak,gaulkan nasi supaya santan tidak berkumpul di bahagian atas nasi
Kesedapan nasi lemak bergantung pada sambalnya..jom belajar cara membuat sambal nasi lemak.
Bahan-bahan:
- ikan bilis secukupnya
- bawang besar (dihiris)
- sedikit gula
- sedikit garam
- gula merah
- asam jawa (bagi siapa yg gemarkan rasa sedikit masam) tapi AD tak letak pon
DIKISAR
- bawang besar
- bawang merah
- bawang putih 2 ulas
- segenggam lada kering(rebus dan kisar)
- Goreng ikan bilis dan tos kan (sebab suka ikan bilis yang rangup jadi goreng berasingan daripadasambal)
- kisar bawang putih dan bawang besar
- kisar cili kering(dikisar berasingan daripada bawang)
- panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak
- tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar. Bila naik baunya masukkan cili kering yang diblend bersama bawang besar yang dihiris
- tumis sehingga pecah minyak dan masukkan gula merah
- Akhir baru masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga betul betul masak
- sebelum angkat, masukkan ikan bilis yang telah digoreng gaul seketika dan angkat.
Selamat mencuba!😉