Bamboo Biryani ⎸Nasi Biryani (بریانی ) atau Briyani atau Biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi basmati biasanya dari beras) yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Di Malaysia dan Indonesia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang.
Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak beriani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, bahkan juga di Iraq, Iran, Afganistan, Bangladesh, muslim dan kalangan penduduk Sri Lanka.
Rempah ratus dan bahan perasa banyak digunakan dalam beriani, minyak sapi, buah pala, jintan putih, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun selasih, ketumbar, daun pudina, halia, bawang , dan bawang putih adalah antara rempah ratus yang digunakan untuk menyediakan nasi biryani ini.
Salah satu tempat yang terkenal dengan biryani yang sedap terletak di Setia Alam iaitu Bamboo Biryani. Baru baru ni AD bekersempatan untuk makan disana. Terletak di kawasan Eco Ardence, Setia Alam. AD memang suka datang ke Eco Ardence ni..macam-macam makankan boleh didapati disini.
Location: L20-G-INT & EXT,ARDENCE LABS,Eco Ardence,Persiaran Setia Alam 40170 Shah Alam, Malaysia
Pelbagai jenis biryani disediakan disini seperti Bamboo Biryani Crab,Bamboo Biryani Prawn,Egg Biryani, Bamboo Biryani Vege, Bamboo Biryani Fish, Bamboo Biryani Mutton dan Bamboo Biryani Chicken. Harga pula bagi AD berbaloi dengan kuantiti hidangan. Satu hidangan tu AD share dengan kawan. Hidangan di hidangkan daripada buluh..menarik bukan. Minuman pon daripada gelas buluh..unik!
Rating
Presentation
Price
Service
Will repeat again!
*Update: They closed it since MCO started..but you can go to another branch at Klang.