Light Capture cafe ꘡ Kali ini AD terjumpa cafe yang bertema kan industrial. Sesuai untuk anda yang suka ber OOTD. Cuma yang tak best part parking. Penuh kiri kanan jalan, jadi anda kena dtg awal atau parking jauh daripada cafe ni.
lupa nk snap gambar dari depan (credit to google) |
Address:
81 & 83, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kalau korang tengah cari port lepak yang santai dengan vibe tenang, Kafe Light Capture memang patut ada dalam list korang! Dari mula melangkah masuk, suasana dia terus rasa peaceful. Dengan pencahayaan lembut, muzik latar yang tak terlalu kuat, dan dekor minimalis tapi cozy gila.
Ada 2 tingkat tau |
minimalist sangat |
Menu dia pun tak mengecewakan, ada pelbagai pilihan dari kopi special sampai ke dessert yang memang buat mata dan lidah teruja. AD cuba latte caramel dia, seriuslah, rasa dia memang on point. Kalau korang suka sesuatu yang lebih ringan, ada juga pilihan cheesecake dan croissant yang fresh. Harganya pun sangat berpatutan dengan kualiti makanan yang disajikan. Since AD datang awal pagi dan AD adalah customer yang pertama (bangga sekejap) jadi memilih untuk mencuba big breakfast dari mereka Dan juga pancake.
Besar Dan banyak. Berbaloi dengan harga |
menarik bukan |
Dari segi servis, AD bagi 10/10. Staff di sini sangat ramah, layan pelanggan dengan mesra dan cepat. Walaupun ada ramai orang, mereka tetap cekap dalam mengambil pesanan dan menghantar makanan. Ada juga staff yang siap datang untuk pastikan semua pelanggan selesa dan puas hati.
Kafe Light Capture memang tak rugi untuk dicuba. Ia adalah tempat yang sangat sesuai untuk menghabiskan masa dengan kawan, buat kerja, atau sekadar menikmati kopi sambil menikmati suasana yang tenang. Kalaukorang perasan, ada corner yang dihkaskan untuk rabbit tau. Comel je rabbit bersantai. Kalau korang ada peluang, jangan lupa singgah sini untuk experience yang menyegarkan!
1 comments
Cantik, very industrial gitewww...
BalasPadam