My Famous Ex Boyfriend [Drama Review]

By anakdenesor - November 26, 2024

 


Episod: 24
Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event

Watak Pelakon
Qasrina Karim sebagai Sameera
Hael Husaini sebagai Ishaak / Haque Zuhal
Nadhir Nasar sebagai Jamie
Ryzal Jaafar sebagai Nat
Nur Aisyah sebagai Dahlia
Natasha Elyzza sebagai Yaya
Aleza Shadan sebagai Saidah
Jasmin Hamid sebagai Sofia
Malle Christian
Jiggy Masin
Nik Rifaie
Nina KSC
Zaki Yahaya




Drama in berkisarkan mengenai Sameera dan Ishaak yang berkenalan semenjak zaman sekolah lagi hingga mereka saling jatuh cinta dan perjalanan hidup Ishaak yang memilih untuk menjadi artis dengan menggunakan nama Haque Zuhal.

Pelbagai rintangan yang mereka hadapi semenjak Haque terkenal. Kemuncak conflict apabila Haque memutuskan hubungan dengan Sameera dan perkenalan Sameera dengan Duda anak satu yang digelar netizen sebagai suami dai neraka.



Sejujurnya, tersangat la jaang untuk AD layan cerita melayu, sejenis yang tak minat kisah cintan cintun dan drama yang sangat la take realistic. Entah mcm mana mse scroll astro go nampak la drama ni, tertengok trailer, terlayan, teremosi 😂

Masa baru tengok, AD tak perasan yang si Haque tu adalah Hael Husaini,😅 Patut la rasa pelik semacam je. Drama ni banyak sangat scene yang menangis tau,part Haque menagis, Sameera menangis, aish banyak sangat la. Tapi kire power gak la Haque sebab boleh menangis. 

Apa yang AD suka mengenai cerita ni sebab cerita ni bukan khayalan semata. Isu-isu yang diketengahkan dalam cerita ni superb. Reality sangat. 

  • Kisah netizen yang percaya akan semua yang diupload di social media tanpa usual periksa sehinggakan mencaci, memaki, menyalahkan seseorang tanpa bertindak menggunakan akal sedangkan mereka hanya melihat perkara yang disebarkan, bukan kisah disebalik it. 
  • Mengetengahkan mengenai isu mental health yang Masih ramai orang tidak mahu mengakui kesihatan mental mereka sendiri
  • Bagaimana pengaruh social media itu sangat teruk kepada masyarakat 
  • Isu mengenai kesedaran dadah diterapkan juga di dalam drama ini
  • Isu kekeluargaan, bagaimana keretakkan sesebuah keluarga itu boleh dielakkan dengan komunikasi, dan saling ada untuk satu sama lain
  • Sentiasa percaya pada satu sama lain walau banyak cabaran yang ditempuhi
  • Jangan lari daripada masalah.
So yeah ❤❤❤❤❤for this drama

  • Share:

You Might Also Like

0 comments