Dah lama tak upload post pasal makanan kan. Ini menunjukkan dah lama tak makan luar😆 Kebetulan haritu (sebab da lama sangat lol) anak buah convo, dan sebelum convo birthday dia, jadi AD pon teman la menghantar convo dan sambil menunggu tu siap la contact Tappers diaorang ade buat tak deco untuk birthday, diaorg ckp ada cuma kalau belon tu xdapat la yg helium punya. So dalam fikiran AD okay la janji ade la juga belon belon ke, deco deco ke kan.
Address: 15-1-2, 15-1-2, Jalan Setia Prima D U13/D, Batu 5 1/2, 40170 Shah Alam, Selangor
So selepas je convo terus shoot pergi sini..Actually agak kecewa dengan deco. Mintak belon, bagi 2 belon hiasan je kat meja, pastu satu bear hiasan ni dengan caj RM50. Ingatkan ade la belon lekat kat dinding ke kan. Down sekejap sis. Mase ni dok harap jangan la makanan tak best pulak..klo makanan pon tak sedap sis balik la terus..acegitu..drama sangat ko.
Kami berempat, masing masing pilih lauk yang berbeza. AD pulak dah puas merayap makan kat booth masa menunggu convo habis jadi taknak la makanan yg heavy. AD makan big breakfast set, my niece dengan my sis ambil salted egg spagheti prawn, nephew ambik set nasi (err lupa pulak nama)
Sedap weh air dia.
Saja pilih kek slices sebab nak rasa mcm2 flavour kan.
Sedap weh
So bagaimana dengan makanan? SUPERB! nasib baik food diaorg best! semua sedap weh. Sangat la puas hati. Portion besar, harga pon sesuai sangat dengan portion. Satu dish tu dalam range RM15-20. Berbaloi bagi AD. Bab service pon bagus. Since AD reserve spot guna whatsapp je so the moment sampai kedai tu diaorang terus approach kita tau, then siap 2x lagu birthday diaorg nyanyi, seronok, tetibe macam rasa birthday sendiri, syok sendiri je hahahaha. Staff sangat friendly and service bagus. Food order byk mcm tu pon sampai cepat je. Overall nice experience about food and service tapi kecewa dengan deco.
Ratings:
Interior ⭐️ ⭐️
Food⭐️⭐️⭐️⭐️
Satisfaction ⭐️⭐️⭐️⭐️
Price⭐️⭐️⭐️
Repeat again? YES!
4 comments
alhamdulillah dapat makan sedap
BalasPadamCongrats utk anak buah & happy birthday juga 🎈
BalasPadamNampak sedap² makanannya, berbaloi la dgn harga, ambient & service-nya tu
Slides cake 😊 thanks for your sharing
BalasPadamHmmm...kek slices nya dari warna dan lapisan-lapisan sangat membuat lidah tergiur, Mbak.
BalasPadamSelamat berulang tahun bagi yang berulang tahun. WYATB.
Salam,