Brand: The Skin House
Scent: Natural
Type: Cream
Active Ingredients: Red Ginseng, Vitamin E, Adenosine, Collagen
Unit: 50 ml
Moisturizer Wrinkle Supreme Cream꘡ Pelembab muka adalah salah satu rutin yang paling penting dalam skincare. Mencari pelambab muka yang serasi pula merupakan satu cabaran. Baru-baru ini AD diberi peluang untuk mencuba krim pelembab daripada Wrinkle supreme yang berasal daripada korea.
Krim ini berbeza dengan krim yang lain kerana ianya membuatkan kulit menjadi tegang, menyamarkan noda kulit dan mengembalikan keanjalan kulit dalam satu step sahaja. Krim ini mengandungi Collagen dan Adenoside yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus di muka. Hasilnya muka terasa licin dan awet muda.
Antara kandungan bahan yag lain adalah Ginseng dan cendawan, Terdiri daripada 2 ginseng iaitu,Korean Fermented Panax Ginseng dan Red Ginseng yang berfungsi untuk membantu memulihkan keanjalan, meningkatkan pengeluaran kolagen, dan menjadikan kulit tegang dan sihat. Manakala untuk cendawan termasuklah Chaga dan Reishi yang bertindak sebagai ejen penyembuhan, disatukan dalam gabungan harmoni untuk menegang, mengangkat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Tekstur yang agak berkrim tapi sangat ringan dan lembut di kulit membuatkan AD jatuh hati dengan produk ini. Tidak memerlukan masa yang lama untuk terus menyerap di dalam kulit. Sebelum AD menggunakan krim ini, kulit terasa kusam dan tidak bermaya, kini tidak lagi. Ingat yea, selalu buat patch test dulu sebelum mencuba mana-mana produk skincare.
10 comments
kalau kena air kulit akan terasa berminyak tak lepas tu?
BalasPadamThanks for your review
BalasPadamdesign kotak dia simple!
BalasPadambagus pakai moisturiser dari muda supaya dapat elakkan wrinkle
BalasPadamKandungan juga terdiri daripada bahan-bahan yang semula jadi...ini cukup bagus
BalasPadamnti nk cube la.. :D..
BalasPadamRasa nak try lah. Thanks kongsi info.
BalasPadamwak x pnh pakai pelembut kulit nih., hehe
BalasPadamada jual di shopee ke ni ad?
BalasPadamIt is wonderful that this has been improving the skin! It's always nice to find products that work well <3
BalasPadamthe creation of beauty is art.