BUTTERFLY AND REPTILE SANTUARY MELAKA

By anakdenesor - Ogos 19, 2022


  

Butterfly & Reptile Santuary, Melaka 

Harga Tiket:

Dewasa :RM25

Kanak-kanak :RM20

 

Kisahnya nak menghantar anak buah untuk masuk university (awal tahun dulu,bru sekarang nak up cerita ) , tapi sebabkan pendaftaran lambat lagi, kami pon sempat la pergi merayau sekejap. Anak abang pulak memang suka sangat dengan reptile excited la die bila masuk. Kebetulan kami 4 orang dewasa jadi ambil pakej 4 adult & feeding packs and just add on satu lagi tiket untuk kanak-kanak.

 

Luas sangat kawasan ni, penat nak pusing. Banyak haiwan dalam ni walau nama taman ram-rama tapi bukan hanya rama-rama tau. Ada burung, kura-kura, kolam ikan koi, ular, labah-labah dan macam-macam lagi. Tapi bila nak keluar kena la lalu taman rama-ram, AD pulak sejenis penakut dengan benda yang bertebangan, masa dalam taman tu rama-rama bebas bertebangan tau terus auto panic AD kat situ, statik setempat tak berani nak gerak, mujur anak buah AD tarik tangan klo tak rela AD patah balik g kaunter je..hahaha. Masa anda di dalam taman rama-rama ni, anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman membebaskan rama-rama tau. Anda akan diberikan balang berisi rama-rama dan boleh lepaskan disitu.

ini la taman rama-rama tu..dalam ni penuh rama-rama


 

Adakah ini pirates of caribbean? hahaha.. antara mitos orang dahulu. Sebab tu dikatakan orang tamak selalu rugi.


Cubaan AD untuk menjadi rama-rama yea anak-anak





Overall pengalaman AD berbaloi dengan harga tiket TETAPI mungkin patut dipasangkan kipas di laluan-laluan, bapak ah panas weh. Hanya di kawan labah-labah sahaja ade air-cond, and kawasan ular sahaja ade kipas, the rest none. Quality toilet juga menyedihkan.. Untuk harga tiket sebegitu boleh dibaiki lagi. Toilet xde lampu, and kebersihan agak tidak terjaga. So yeah until then XOXO😻


  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Zaman sekolah2 dulu jer pergi sini. Tempat ni dah lama nak reno agaknya tu.

    BalasPadam
  2. menarik untuk di kunjungi AD.. seronok juga sekali sekala berada di sekitar rama-rama dan reptile ni kan..

    BalasPadam
  3. Rama-rama saya suka, tapi reptilia tidaklah. Maybe panas sebab reptilia suka tempat panas kot

    BalasPadam
  4. Wow! This looks like such an incredible place to visit. So much beauty to see!
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  5. Bila kemudahannya tak berapa ok, pengalaman jadi tak best..
    semoga akan ada penambah baikkan di masa akan datang.. Barulah makin ramai yang datang..

    BalasPadam
  6. rajinnya berjalan hahaha enjoy gak sesekali pi taman camni

    BalasPadam
  7. pertama kali dan yg terakhir sy dtg ke sini ms sekolah rendah heehehhe mesti dah byk berubah. apa lg yg menarik ada kat sini? mn tau ada rezeki sy sggh nnt

    BalasPadam
  8. Cuya nama je duk Melaka.. tapi pergi situ pon tk pernah. HAHA

    BalasPadam
  9. zaman sekolah dulu ni tempat paling wajib kena pergi. hahaha

    BalasPadam