KAFE KERETA API @ CAFE BELIBIS ꘡Keunikan kafe ini semestinya kerana ianya menjanjikan anda untuk merasai sendiri pengalaman makan di dalam koc kereta api. Ruangan ini terhad tau tapi jangan risau, jika sudah penuh anda boleh menjamu selera di luar koc tersebut. Kafe ini terletak bersebelahan dengan muzium Pekan, ha selepas menjamu selera boleh la anda ke muzium mencuci mata atau ber OOTD disana.
Kafe ini beroperasi bermula 8:30 pagi sehingga 6:30 petang dan ditutup pada setiap hari Isnin. Pelbagai juadah disediakan untuk sarapan pagi antaranya kuih-muih, nasi lemak, laksa, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Konsep makanan disini pula adalah self- service. Pilih dan bayar. Kafe ini telah mula beroperasi bermula Januari tahun ini.
Khabarnya, initiative menjadikan koc kereta api ini sebagai kafe adalah kerana ingin mengingatkan bahawa KTM (Kereta Api Tanah Melayu) pernah beroperasi sebagai salah satu pengangkutan awam di negeri Pahang.
Antara dekorasi di dalam kafe ini
Beginilah keadaan di dalam koc tersebut. Dengar-dengar, kereta api ini terdiri daripada Lokomotif KTM Class 22. Menarik bukan, tapi diingatkan bahawa kafe ni sentiasa full tau, dan limited sangat parking nya. Biasanya ramai akan parking di sebelah jalan yang menghadap sungai yang berseberangan dengan kafe ini. Ada yang berminat? Jom kita layan video yang sempat AD rakam ketika ke sana tempoh hari.