Cameron Highlands attractions꘡Cameron Highlands seringkali menjadi salah satu tempat peranginan yang popular di Malaysia. Suhu yang sejuk dan pemandangan yang cantik merupakan antara faktor tarikan di Cameron Highlands. Cameron Highlands terletak kira-kira 1,829 meter dari paras laut. AD baru tahu rupanya Cameron Highlands ini mendapat namanya sempena Sir William Cameron yang melakukan kerja pemetaan persepadaan Perak-Pahang.Jom kita lihat aktiviti apa yang anda boleh lakukan di Cameron Highlands ini.
1.Boh Tea Plantation
Boh Tea Plantation merupakan terbesar dan tertua di antara ladang Teh Boh dengan keluasan sebanyak 465 hektar. Ianya juga merupakan kilang teh yang pertama dibina pada tahun 1930 an. Bagi anda yang ingin mempelajari bagaimana teh dihasilkan bolehlah datang disini. Lebih menarik apabila setiap tahun mereka menghasilkan kira-kira 600,000 kg Teh. Fuh! banyak tu.
2.Cameron Lavender Garden
Tak lengkap rasanya kalau melawat Cameron tapi tak singgah ke Lavender garden ini. Ianya terletak di antara Tringkap dan Kuala Terla, kira-kira 4km ke utara Kea Farm di Brinchang.Taman ini memiliki ladang lavender yang indah dengan pelbagai jenis bunga lain yang dipamerkan. Dihiasi dengan patung-patung berwarna-warni dan rekaan taman ini diilhamkan oleh pemandangan desa Eropah.Jika ke atas lagi anda akan menemui istana Disney yang kartun dengan kolam koi, kincir angin mini dan kafe. Dibuka setiap hari dari jam 09:00 hingga 18:00, dengan bayaran tiket dikenakan kepada pengunjung. Sempat lajuga AD menyinggah di cafe dan membeli ice cream lavender. Sedap! serius tak rugi tau makan.
3.Cactus Valley
Cactus valley merupakan taman botani yang terletak di lereng bukit yang menghadap ke pusat bandar Brinchang. terdapat pelbagai koleksi kaktus dengan pelbagai size dan jenis.Sekiranya mengikuti jalan utama, belok kiri segera setelah Star Regency Hotel (tapak pasar malam Brinchang akan berada di seberang hotel). Terus berjalan sehingga anda melihat papan tanda di sebelah kanan Cactus Valley atau Big Red Strawberry Farm. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Harga tiket adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak
4.MR. Aisu cafe
Mr.Aisu cafe yang mempunyai keparan dalam handmade soft serve ice cream also yeast leavened waffle. Mereka menggunakan bahan tempatan untuk mencipta rasa tempatan yang asli, seperti Ais Krim Strawberry khas mereka menggunakan strawberi tempatan terpilih premium. Mereka juga mempunyai perasa lain seperti Ipoh Coffee, Teh Tarik, Limau Ais, Chokanan Mango, Homemade Yogurt dan lain-lai. Macam biasa AD akan mencuba perisa lavender.
4.Pasar Malam
Menikmati pasar malam yang berlangsung setiap hari Jumaat hingga Ahad di Golden Hills, sebuah kawasan perumahan dan komersial di Tanah Rata. Anda boleh datang bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada pukul 11 malam, tetapi cuaca hujan mempengaruhi waktu-waktu ini. Asalnya berpusat di Brinchang, namun telah dipindahkan ke lokasi baru. Lokasi baru dapat diakses di sepanjang jalan utama berhampiran Hotel Casa dela Rosa.
Bagi anda yang ingin menikmati pesona pedesaan Inggeris dan seni bina yang akan menjadikan penginapan anda di Hill Resort benar-benar tidak dapat dilupakan. Menginap di salah satu bilik / suite yang lengkap dengan katil empat tiang, perabot Inggeris dan barang antik. Kami ke sini untuk minum petang dan semestinya merupakan satu pengalaman baru untuk AD.
20 comments
kalau pergi cameron ni memang sakan beli pokok. geram tengok pokok kat sana..haha
BalasPadamkan...kalo pegi sana selalu beli kaktus. geram tengok segar bugar pokok sana
PadamTq. Ada plan hendak pergi lagi. Pergi yang belum lawat macam no.4
BalasPadamha boleh la tu masukkan dalam wishlist
Padambestnya cameron.. xpernah pegi lg..
BalasPadamarap ade rezeki nk smpai sni.. hehe
boleh pergi nanti tapi mmg tempat tumpuan orang ramai...kne g time weekdays
PadamBestnya kalau dapat jalan-jalan ke CH.
BalasPadamitu la rindu nak berjalan sebenarnya
Padambertahun tak pegi cameron oiii....
BalasPadamok nasi lemak storberi tu mmg letak storberi ke????
jom konvoi ke sana kakret,,heheh
Padamsambal strawberry tu macam acar buah kak, kirenya versi strawberi jadilah acar buah strawberi.
sambal nasi lemak biasa still ade juga die bagi.jadi klo x lalu nak macam sambal tu, makan sambal biasa je
lamanya dah ke sana, harapnya nnti dapatla ke sana lagi... rindu nak jalan-jalan CH
BalasPadambetul..lately ni ramai yg kesana dulu..kita blik kg dulu haha
Padampernah jua ke sini beli keledek ja
BalasPadamkita klo g sana balik mesti beli sayur dengan jagung..segar habis sayur kat sana
Padamrindunya nak ke CH lagi. Last pi sana thn 2012...
BalasPadamuish lama juga tu abam kie..boleh repeat dah ni
Padamrindunya pergi Cameron. banyak dalam list awak ni akak tak sampai lagi. nak try lah nasi lemak strawberry.
BalasPadamseronok AD berjalan-jalan. saya dari sekolah sampai uni tak sampai-sampai lagi walaupun selalu nak pergi. bunga lavender dan kaktus tu geramnyaaa tengok hahaha
BalasPadamHow incredible! All of these pictures are remarkable and highlight many wonderful experiences <3
BalasPadamthe creation of beauty is art.
Best lepak dekat BOH tu.. minum teh dan makan scones..
BalasPadam