Coffee classic - Setia taipan U13꘡K.O.P.I. Di mana awal kemunculan nya ditemui di tanah tinggi Habsyah pada abad ke-9 yang kemudiannya berkembang ke Mesir dan Yaman (source wikipedia)
"kopi" - melalui Bahasa Turki: kahve kemudiannya kepada koffie dalam bahasa Belanda dan coffee dalam bahasa Inggeris
AD salah seorang kipas susah mati kopi. Sebagai seorang kaki kopi, sehari klo tak minum kopi tak lengkap rasanya. Pelbagai perisa AD cuba daripada light roast coffee sehingga la expresso AD minum dan semuanya bergantung pada mood. If nak stay awake sebab banyak perkara nak diselesaikan of coz AD akan grab expresso. Kalau mood santai just nak something sweet AD akan pilih caramel latte. Sweet and salt from the caramel would make my day. Pelbagai brand AD dah cuba. Starbucks?Farm Fresh?Jamaica blue?Zus Coffee? Semua ada pros and cons. Starbucks best! but pricey. Farm Fresh pula selalu je habis stock. Zus coffee kne pre order. Soo LECEH.
Pencarian masih diteruskan sehinggalah one day AD stop kat area Taipan. Normally AD cari breakfast je kat area tu and tak suka stay lama-lama coz sesak. maaf saya sejenis yang tak suka bersesak. Then I found "Coffee Classic". 1st time AD singgah AD beli Iced Latte dan add on choclate syrup. It was mind blowing dowh. Sedap namatey! pekat giler. Kalau angpa yang mengantuk tu asenye mata terus terbeliak. LOL. Serius sedap, tapi biasa lah nak acah-acah hipster kan, AD singgah di Mekdi beli vanilla ice-cream cone letak dalam kopi. Rasa berlemak nice sangat. Since that day AD tak pi mana dah, memang jadi pelanggan setia kedai tu jela. Kalau keluar rumah mmg akan jejak kesitu.
Terdapat 6 jenis perisa yang anda boleh cuba. AD dah cuba semua kecuali Iced Americano. Boleh cuba next time. Tengok sajalah gamba di bawah menyelerakan kan. AD beli Iced Chocolate, Latte and Milk shake. Milk shake rasa nya hampir sama dengan coconut shake tau. HAMPIR sama. Manakala Iced Chocolate macam biasa la dan Latte anda boleh rasakan pahit-pahit manis. Semua pon kena dengan tekak AD. The best part is Harga nya MURAH! RM5 setiap satu. Way cheaper than starbucks tapi setanding rasanya.
Satu lagi yang AD suka mengenai kopi ini ialah diaorang menyediakan sistem kupon. Anda akan diberikan kad. Collect 10 stamp dan anda akan menerima 1 kopi PERCUMA! Pelaburan yang berbaloi.
Menurut pengusaha kopi ini " Miss Kopi" tercetusnya idea nak buka Kiosk Coffee Classic ini daripada ibu beliau. Ibunya merupakan seorang penggemar kopi dan suatu hari beliau mencabar nya untuk membuka kiosk Coffee Classic sebagai alternative untuk menambah pendapatan beliau sekeluarga.
Belia mula berniaga pada 11 Julai 2020 dan hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja di area Tapak Penjaja Setia Taipan. Kemudian dipindahkan sementara di tapak parkir kereta bersebelahan Restoran Rahmath Bistro (RRB). Alhamdulillah, dari minggu ke minggu sambutan menggalakkan Akhirnya, pada awal tahun 2021, beliau membuka lembaran baru untuk memulakan operasi secara tetap bermula pada hari Isnin hingga Ahad (kecuali Khamis) dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi kawasan sekitar Setia Alam dan Alam Budiman.
WHY YOU SHOULD TRY COFFEE CLASSIC
Belia mula berniaga pada 11 Julai 2020 dan hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja di area Tapak Penjaja Setia Taipan. Kemudian dipindahkan sementara di tapak parkir kereta bersebelahan Restoran Rahmath Bistro (RRB). Alhamdulillah, dari minggu ke minggu sambutan menggalakkan Akhirnya, pada awal tahun 2021, beliau membuka lembaran baru untuk memulakan operasi secara tetap bermula pada hari Isnin hingga Ahad (kecuali Khamis) dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi kawasan sekitar Setia Alam dan Alam Budiman.
WHY YOU SHOULD TRY COFFEE CLASSIC
Kami hanya menggunakan biji kopi 'Premium' yang diimport khas dari luar negara. Ia juga di'Brew' segar setiap hari. Insya' Allah dah cuba sekali, pasti nak lagi!
Kopi Premium tetapi Harga untuk rakyat Marhean
Kami cuba untuk menukar persepsi masyarakat terhadap kopi bahawa semua orang berhak untuk merasakan sesuatu yang 'Authentic' dan Premium setanding dengan jenama kopi yang mahal walaupun kiosk kami hanya tepi jalan.
BUSINESS HOURS
Isnin - Ahad (kecuali Khamis)
10.30 pagi -6.30 petang
Lokasi:
Tapak Penjaja, Seria88, Setia Alam, Selangor.
Delivery: 016 - 665 6671 (Wan)
Supportlah local shop. Buatlah pilihan yang bijak.
13 comments
Lately ramai orang review pasal coffee. Saya yang bukan penggemar kopi pun terus teringin nak cuba semua kopi
BalasPadamsedapnya! coffee lovers mmg suka ni.. hihi
BalasPadamTempat saya ni pula sedang tular Kopi Hainan.. Memang sedap, pekat dan berkrim.. Selalu jugak beli.. Hehe
BalasPadamSelamat mengopi
BalasPadamokey... baca ni terus rasa nak pergi buat kopi!
BalasPadamWow! This sounds like such an incredible place. And those drinks look seriously delicious!
BalasPadamthe creation of beauty is art.
Greetings from Turkey:)
BalasPadamsedapnya kopi sygnya alah pula
BalasPadamsuka kopi tp bkn yg O la... kena ada susu haha baru kaw!
BalasPadamAduduuu x tahan tgk coffee classic ni..terasa nk minum sekarang..AD
BalasPadammama pun coffee person gak. lama tak jejalan cari makan
BalasPadamNi kalau dekat memang selalu lah pergi. Bukanlah penggemar kopi sangat, tapi bolehla sekali sekala
BalasPadamwah nampak macam sedap je. kalau banyak cawangan tentu lagi cepat viral. kalah starbak
BalasPadam