[RECIPE] Spaghetti goreng basah

By anakdenesor - Julai 10, 2021

Spaghetti goreng basah꘡ Kembali lagi kita di segmen Satur-day-cook. Maka resepi derhaka apakah yang AD ingin kongsikan pada hari ini ialah spaghetti goreng basah. Derhakanya kerana AD sejenis yang tak suka mee kuning jadi kita alter la sket guna spaghetti. Mat salleh sangat kau yea. Marilah kita tengok resepinya.

 

Bahan-bahan untuk mee goreng:

    3-4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan anda)
  • 3-4 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 8-10 ekor udang
  • Sayur sawi 
  • satu pek bebola ikan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Spaghetti secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Rebus  Spaghetti dengan satu sudu minyak dan secubit garam
  2. Cincang kasar bawang putih.
  3. Potong fishball.
  4. Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
  5. Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
  6. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  7. Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, dan fishball.
  8. Masukkan lada sulah dan air
  9. Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
  10. Masukkan daun sawi  kemudian Masukkan Spaghetti
  11. Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis

😆Selamat mencuba resepi dehaka kali ini..berjumpa lagi pada sabtu minggu depan untuk resepi derhaka yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. wow sedapnya sarapan pagi sabtu

    BalasPadam
  2. Pernah try goreng spageti. Memang sedap

    BalasPadam
  3. anak yg no. 2 pun tak makan mee kuning. mungkin kna masak mcm ni juga guna spaghetti, baru dia makan kot.. hihi..

    BalasPadam
  4. This sounds so interesting! Thank you for sharing! I hope you have a fantastic weekend <3
    the creation of beauty is art.

    BalasPadam
  5. Very interesting recipe:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  6. Menu pertembungan Timur dan Barat.. Hehe

    BalasPadam
  7. Akak x pernah cuba goreng spaghetti sbb jarang masak spaghetti. Tapi sgt suka pasta goreng.

    BalasPadam
  8. Wah! localised kan makanan barat! Kreatif

    BalasPadam
  9. Wah betul betul citarasa masakan melayu ni. Menarik spaghetti goreng basah Ad

    BalasPadam
  10. Aduh.. sedap sungguh.. meh sepinggan.. 😋😋😋

    BalasPadam