Rasa itu datang lagi.

By anakdenesor - Julai 23, 2021


 

*Entry sedikit menjengkelkan..boleh membuatkan anda muntah. So sila tekan X laju laju okay


Rasa itu datang lagi꘡ Entah mengapa kali ini aku memilih untuk menulis dalam BM..entah..bahasa ibunda sendiri yang kadang aku pinggirkan. Sedangkan aku berdiri di tanah melayu itu sendiri.

Kali ini rasa itu datang lagi..aku sendiri kaku..harus ku ikutkan saja atau masih tetap dengan pendirian lama? Rasa itu..yea rasa itu yang aku fikir sudah lama mati. Masih ada disitu rupanya. Berdegup sendirian malahan semakin laju. Apakah rasa ini sebenarnya? Sekadar persinggahan yang mengusutkan jiwa atau secebis harapan bahagia?

Aku terkaku melihat senyuman nya, dia..yea dia yang mampu membuatku hilang pertimbangan. Seringkali jantung ku berdegup kencang mendengar suaranya..aneh..tak pernah kurasakan bahagia sebegini. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Habis? harus ku paksa tangan nya menepuk tanganku? Huh! Aku masih lagi keliru menafsir setiap bait tutur kata, tingkah laku nya. Ketika aku rasa aku semakin dekat dengan nya, kurasakan nya makin menolak aku jauh. Bila ku cuba melupakan kadang muncul di depan mata tanpa ku duga. Ah pusing!  

Perasaan..yea Aku suka perasaan ini, memikirnya saja sudah membuatkan ku tersenyum bahagia, kalau bertemu nya ku rasakan ku akan melonjak kegirangan. Tetapi itulah manusia, menyukai tidak akan membuatkan kamu memiliki. Cukuplah saja aku menikmati perasaan ini dalam diam, kerana aku takut mengetahui jawapan nya...Aku takut jika hanya aku yang berasa sebegini..

Panggil saja aku pengecut, panggil saja apa yang kau mahu..kerna aku juga masih tersepit antara perasaan dan realiti. Jika aku sendiri tidak mampu berjuang demi diri sendiri bagaimana aku harus memperjuangkan kau?

Engkau yang sentiasa berada dalam doaku, moga terlindung daripada segala bahaya, jika suatu hari engkau bertemu dengan pilihan hati...akan aku hilangkan diri bagaikan ditelan kabus senja..dan kini biarkan aku menikmati perasaan ini walau aku sendirian kerna melihat engkau bahagia sudah cukup membahagiakan aku.

*Camner tah nk cakap wa CRUSH  kat lu 💖

 


  • Share:

You Might Also Like

36 comments

  1. Rasa yag sebegini telah saya rasai lama dahulu.. Memang seram sejuk rasanya.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha..tu dia cam cerita horror dah jadinya.

      Padam
  2. Ah..suatu masa dulu pernah ada rasa begini. Memang indah. I wish u all the best. Sekadar pesanan dari seorang yang lebih tua..tak salah berusaha dan mencuba, cuma jangan terlalu berharap, takut kecewa. Berdoalah pada Dia, Tuhan yang memilik hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..sebab tu sekadar melihat dari jauh. Menikmati setiap saat hahaha

      Padam
  3. lunak n indah diksi bahasa rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahasa dari hati selalu yang terindah..ikhlas dari jiwa.

      Padam
  4. teringat zaman muda² dulu akak suka menulis tentang 'rasa'.. semoga berbahagia dan dipermudahkan AD.. doa byk² k

    BalasPadam
  5. Seperti sedang susah move on nih wkwk

    BalasPadam
  6. Pernah alami perasaan sebegini. Tapi amat pedih jika dikenang kembali. Masa terus berlalu bersama kenangan yang mengusik jiwa!
    Kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya.

    BalasPadam
  7. Hehehe jangan risau. Akak tak jengkel baca entri ini. Just nikmati rasa itu seadanya. Always remember, even an unreturned love has its own rainbow. Mana tahu, ada rezeki rasa itu akan berbalas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. awww suka la kak ayat tu..sukaaa..
      urmm tu la complicated..kite pon xtau nk cakap cmno

      Padam
  8. Wow, dalam hati ada bunga :)
    Moga yang terbaik utk mu dik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunga yang hanya untuk dilihat tapi tak dapat dipetik

      Padam
  9. Salam, luahan kemahuan kadang boleh menjadi kenyataan, teringat pula masa dulu, berbanyak berdoa, inshaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm..thank singgah!
      insyaallah..doa je mampu..

      Padam
  10. Hehe saya masin teringat orang itu juga. Tidak tahu khabar berita, harap bahagia dan doa selalu sudah memeluk agama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikhik..kadang perasaan ni sukar nak akwal..degil hahahah
      aminn..mudah mudahan dibukakan hatinya memeluk islam.

      Padam
  11. Alamak... uncle dah terlalu tua untuk menjiwai maksud perasaan tu.... Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hikhik..takpe janji uncle maintain cool sentiasa..hehe

      Padam
  12. wah! ada bakat nak jadi novelis berbakat yg karyanya diangkat ke drama jam 7 TV3!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah gitu..hahahah..boleh la nanti cuba nasib jadi penulis pula hahah

      Padam
  13. Hihi..normal tu. Malu malu tapi mahu.

    BalasPadam
  14. tak salah punyai perasaan itu sesekali. saya suka dgr lagu cinta sejati by bunga cinta lestari if perasaan itu hadir. heheee.... bila dah lega termalu sendiri lak. hahaaa... byk2 doa AD, if dah jodoh tak kemana

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagu jiwang habis sis..kikikiki kan habis layan jiwang mula la tersipu sipu

      Padam
  15. tak suka rasa pahit.kalau boleh nak yang manis2 jer.hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! saya sokong! xnak pahit2 nak manis manis aja

      Padam
  16. Cakap je. Masa berlalu begitu saja. Terima tak terima, belakang citer. :D

    BalasPadam
  17. Mungkin rasa itu sekadar persinggahan yang menghiasi hati.. Semoga yang baik-baik sahaja buat AD.. Mana tahu dari persinggahan tiba tiba ianya kekal.. 🥰🥰

    BalasPadam
  18. alamak so sweet la ayat akk! Saya suka2! hehe..jarang2 la nampak akak taip macam ni..

    apa2 pon moga yang terbaik untuk akak :)

    BalasPadam