Proses pemindahan rumah merupakan satu perkara yang tertekan bagi orang dewasa tetapi ia juga boleh menjadi perkara yang membimbangkan kepada kanak-kanak.Sekiranya anda sedang merancang untuk pindah rumah bersama keluarga, anda perlu memahami bahawa perubahan tersebut boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi anak-anak kecil.
Bacalah tips di bawah mengenai cara untuk mempermudahkan proses pemindahan untuk anak anda:
Memberitahu anak-anak tentang keputusan untuk berpindah rumah dengan lebih awal
Sebaik sahaja sudah pasti bahawa anda akan berpindah dalam masa terdekat, silalah beritahu kepada semua anak-anak. Anda boleh menceritakan bahawa bagaimana sesetengah orang tinggal di rumah yang berbeza dan kadang-kadang mereka akan meninggalkan rumah lama mereka untuk tinggal di tempat baru. Anda juga boleh membacakan cerita di mana watak-watak dalam cerita tersebut juga berpindah rumah. Dengan ini, anda boleh menunjukkan gambar lori transport kepada anak anda.
Menceritakan rumah baru secara positif
Anda boleh membawa anak anda mengunjungi rumah baru sebelum hari berpindah agar mereka sudah tahu dengan sekeliling rumah baru mereka. Tunjukkan gambar rumah baru dan anda juga boleh membawa mereka berjalan-jalan di kawasan berhampiran supaya mereka lebih mengenali tempat tinggal baru mereka.
Berbincanglah mengenai rumah baru. Adakah mereka akan mempunyai bilik tidur sendiri? Adakah mereka dapat memilih cara menghias bilik mereka? Sentiasa bersikap positif dan memberi fokus pada aspek baik rumah baru.
Mengemas alat mainan kegemaran mereka sebagai barang terakhir
Semasa anda kemas barang untuk pindah rumah, pastikan anda tidak menggemaskan alat mainan kegemaran anak-anak anda terdahulu. Sekiranya semua alat mainan mereka sudah dikemas di dalam kotak, mereka tidak dapat bermainnya. Oleh itu, sila mengemaskan bilik lain sebelum anda mengemas bilik tidur anak atau alat mainan mereka.
Minta anak anda menggemaskan satu beg alat mainan yang akan mereka bawa pada hari pemindahan itu sendiri - ini mungkin termasuk anak patung kegemaran mereka, buku cerita atau alat mainan lain. Dengan membawa beg ini, anak-anak akan berasa mereka masih mempunyai beberapa barangan yang paling penting bersama mereka.
Jadikan aktiviti pengemasan sebagai permainan baru
Sekiranya anak anda sudah lebih besar, minta mereka membantu dalam aktiviti pengemasan untuk pindah barang rumah. Jadikan aktiviti pengemasan sebagai permainan baru seperti pertandingan siapa yang dapat mengemas dengan lebih cepat atau mengira berapa banyak buku yang dapat dimasukkan ke dalam kotak. Anda juga boleh membiarkan mereka menghias kotak dengan gambar atau menulis label agar anda akan tahu di mana kotak tersebut perlu diletakkan di tempat baru.
Membuat perancangan pada hari berpindah
Anda boleh meminta ahli keluarga untuk menjaga anak anda semasa hari berpindah kerana anda akan sibuk memastikan semua kerja berjalan dengan lancar. Sila membuat rancangan untuk anak-anak anda pada hari berpindah terlebih dahulu.
Memahami perasaan mereka dan memberikan mereka masa untuk mengucapkan selamat tinggal
Anak anda mungkin akan terasa sedih untuk meninggalkan rumah mereka, jadi sila teman anak-anak ketika mereka meluahkan perasaan dan tunjukkan bahawa anda memahami perasaan mereka. Biarkan mereka mengucapkan selamat tinggal di rumah lama mereka. Ini boleh bermaksud mengucapkan selamat tinggal kepada setiap bilik atau mengambil banyak gambar di rumah lama. Cuba menenangkan mereka jika mereka sedih.
Jadikan bilik mereka sebagai bilik keutamaan
Sebaik sahaja anda memasuki rumah anda, anda mesti mempunyai banyak kerja yang perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun, cuba jadikan bilik tidur anak-anak sebagai bilik terutama yang perlu dikemas kerana mereka akan berasa lebih bahagia dan lebih tenang setelah mereka mempunyai ruang sendiri yang siap dikemas dengan barangan mereka. Keluarkan alat mainan dan buku mereka dengan cepat. Sekiranya anda tidak dapat menyiapkan pengemasan tempat tidur mereka pada malam pertama, jadikanlah malam pertama sebagai tidur malam keluarga dan menikmati makanan ringan dan aktiviti permainan untuk menggembirakan mereka.
Dapatkan syarikat pemindahan yang boleh dipercayai dan berpengalaman di Lembah Klang seperti Syarikat Mover2U untuk membantu anda dalam proses pemindahan sama ada untuk khidmat sewa lori 3 tan, perkhidmatan pemindahan dan pengemasan atau servis hantar barang.
Sila membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk mendapatkan syarikat logistik yang boleh dipercayai yang menawarkan harga sewa lori yang berpatutan.