Axis-Y Quinoa One Step Balanced Gel Cleanser and Daily Purifying Treatment Toner Review
Bila muka tgh breakout la baru sedar, jangan la gatai tangan tukar produk yang lain just because orang lain guna tak semestinya kulit kita dapat adapt. AD kne bulan 11 tahun lepas and until now still recovery process..bayangkan kulit muka yg xde masalah langsung sblum ni tetibe naik jerawat teruk..menyesal dan fobia tau dak.
Sehinggalah mengadu kat anak buah, apa nak buat ni..then die la suggest why not try Axis-Y..memula tu ragu ragu tau, then bermula episod mentelaah segala maklumat, research mengenai bahan yang digunakan macam macam AD baca, untuk mendapatkan keyakinan dan kefahaman mengenai produk ni. Bila da yakin sikit barulah cuba trial pack, kecik je 8ml je tahan untuk 2 minggu. Masa tu jerawat kat muka mmg tgh berpesta, merah2 besar dan banyak! Bukan satu dua okay, pipi kiri kanan habis naik, dengan dagu..bayangkan g keje dgn muka breakout, pastu ade pula kwn yang jenis mulut lepas, pi tanya kat kita, "wei apsal muka ang?" Aduh lagi rasa macam nak menyorok bawah meja je. Disebabkan tu juga la AD da lama tak up video kat YouTube, habis ilang semua confident beta.
*lain orang lain kulit..jadi pada AD skincare ni berkesan.
Axis-Y Quinoa One Step Balanced Gel Cleanser
Pencuci muka ni light je tau, guna satu pam je dah boleh cover untuk satu muka. Bau die ada macam bau ubat sikit tapi yang paling penting die tak keringkan kulit. Dia sangat gentle to skin, hanya ph 5.5 sahaja. Texture die clear and cair.
Key Ingredients:
- Quinoa
Stimulates collagen and elastin production to improve skin elasticity and resiliency. It also contains Vitamin B to brighten skin
- Calendula and Centella Asiatica
This combination speeds up recovery and protects the skin from UV damage whilst boosting the skin’s natural healing process
- Green Tea
Controls sebum and oil production whilst fighting off acne-causing bacteria
- Sweet Almond Oil
Deeply cleanses and protects the skin from oxidative stress
- Humulus Lupulus and Holy Basil
This duo flushes out toxins and rejuvenates the skin
Other Details:
No Artificial colours, oils or fragrances
No Mineral Oils
No Parabens
No Animal Testing
Vegan
Daily Purifying Treatment Toner
Ingredients
Water, Centella Asiatica Extract, Aloe Barbadensis Leaf Water, Butylene Glycol, Alcohol, Sodium Hyaluronate, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Extract), Sorbitan Sesquioleate, Vaccinium Myrtillus Fruit Extract, Saccharum Officinatum (Sugar Cane) Extract, Acer Saccharum (Sugar Maple) Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract, Betaine, Salicylic Acid, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Houttuynia Cordata Extract, Hieracium Pilosella Extract, Illicium Verum (Anise) Fruit Extract, Citrus Paradisi (Grapefruit) Fruit Extract, Nelumbium Speciosum Flower Extract, Paeonia Suffruticose Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Chlorphenesin, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Gluconolactone, Arginine, Rheum Palmatum Root Extract, Artemisis Princeps Leaf Extract, Panax Ginseng Root Extract, Carbomer, Dimethly Sulfone, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil
AD suka toner dia sebab ada tea tree exract serta texture dia yang cair dan tidak rasa melekit pon. Meresap dengan cepat. Mungkin pada sesetengah orang tak suka produk ini kerana ada sedikit alcohol dalam produk ini tetapi perlu di ingatkan tak semua alchol tu tak elok dan tak semua bahan neutral itu elok. Sebagai contoh, lemon pon bahan neutral tapi sifatnya menghakis bukan.
My Rate:
5/5
Repurchase:
YES! Already repurchased.
6 comments
Good for you..
BalasPadammuka ni sensitif sgt tersilap poles skincare bahaya tu
BalasPadamUncle baca semua...
BalasPadam...uncle buat-buat faham...
hehehe
Since masuk 30s kulit dah tak tahan alkohol. Sejenis acne prone jugak, tapi dry. Alcohol in skincare ok je if kulit tak kering. Good sharing. Akak suka baca pasal skincare
BalasPadamgood for u.. sesuai.. for me now safi ja sesuai :)
BalasPadamBest bila serasi dengan kita kan AD..
BalasPadam