[RECIPE] Rendang ayam dendang perantau

By anakdenesor - Mei 20, 2021

Since tahun ni kena buat rendang sendiri..Raya pon sesorang..so godek2 la video lama..mujur ada rakam video mak ajar buat rendang. Ha nak tahu?Jom check out this video. Rindu nak balik kampung..da 8 bulan da ni tak balik..sobsob😿




Bahan A (kisar)

serai -( 2batang) 

bawang kecil (5 ulas) -

bawang besar (1 biji) -

bawang putih (4 ulas) 

halia (3 inci)

Bahan B

ayam 1 ekor 

-cili boh ( 3 sudu) -

kerisik ( 2 sudu) - s

antan kotak (250ml) - 

sedikit air -

 asam keping (3 keping) 

sedikit kunyit serbuk ( optional) 


 Cara-caranya: 

🐤Tuang sedikit minyak, dan masukkan bahan kisar ke dalam kuali.

 🐤Masukkan cili boh,dan ayam dahulu, renehkan sebentar dan masukkan sedikit serbuk kunyit. 

🐤masukkan santan kotak, sedikit air dan asam keping. 

🐤renehkan lagi dalam api yang kecil,masukkan bahan perasa(garam dan gula)serta kerisik dan teruskan mereneh sehingga betul betul masak

  • Share:

You Might Also Like

31 comments

  1. biar pun simple tapi bila lawankan dengan nasi impit, ngam

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..berselera klo ada nasi impit tak pon pulut kuning

      Padam
  2. simple & sedap..tak lengkap raya kalau takde rendang...

    BalasPadam
  3. Tahun ni pun Ai kena buat rendang sendiri. Nasib baik pernah tulis dalam blog beberapa tahun lepas.

    BalasPadam
  4. Rajinnya merendang walaupun raya sensorang.

    InsyaAllah moga kita semua ada kesempatan balik kampung. Last balik Disember lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. taknak buat sebenarnya..tapi pujuk hati utk raya

      Padam
  5. Wha! Ada bideo tu! Ok! Dah sabsekeraib!

    BalasPadam
  6. wahh nampak sedap rendang! tahun ni takda masak rendang or kari. menu simple je

    BalasPadam
    Balasan
    1. janji dapat beraya dengan family tak kisah dah menu apa..rasanya ramai yg xde mood beraya

      Padam
  7. Finally, Ad berjaya merendang juga. Selamat hari raya maaf zahir batin Ad :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh teringin punya pasal..gagahkan diri juga..
      selamat hari raya juga fiza..maap zahir batin

      Padam
  8. Alhamdulilah rajin dia masak rendang... Untung ada video masak2 dengan mak ye sebagai pengubat rindu gak tu😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sgt tu kakret..klo x nages sedih hahaha

      Padam
  9. Redha sajalah tak dapat beraya seperti biasa. Mungkin untuk kebaikan semua. Rendang tu menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyealah..bertabahlah anak perantau..
      hahah tergoda tak tgk rendang

      Padam
  10. Jadi tak, rendangnya? :)
    Selamat hari raya, ye. Maap zahir batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..selamat menjadi..klo x jadi nages da tepi bucu katil..hahah da la x dapat balik raya, rendang x jadi...adoii disaster..mujur menjadi

      Padam
  11. Rendang antara makanan kegemaran saya.
    Makan dengan lemang, sedap wey :)

    BalasPadam
  12. Rajin merendang! Semerbak aromanya kan.

    BalasPadam
  13. hari ni sy pun merendang jugak.. nk buat bekfes besok pagi mkn dgn ketupat yg dh difrozenkan haru tu.. maklumlah besok hari cuti kena bekfes like a king.. hehehe

    BalasPadam
  14. Hamboi nama rendangnya.. kemain.. hebehe.. kak sha tak buat rendang pun..

    BalasPadam
  15. Salam Syawal AD..Shida syawal terakhir nnt nk merendang :)

    BalasPadam