Salam Ramadhan

By anakdenesor - April 20, 2021






MAKNA RAMADHAN
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaannya adalah panas terik dan kering. maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan (credit to http://syariah.perak.gov.my/)

Sinonim ketika waktu ramadhan biasanya malaysia akan berpanas terik kan. Bagi AD berpuasa sorang diri tu dah biasa sejak zaman belajar lagi, tapi sedih la dengan keadaan covid, bazar ramadhan pon AD tak jejak lagi. Its okay, goverment da cuba sehabis baik dan kita harus patuh. Now back to the topic, Ramadhan. Bagi AD, akan ambik masa dalam 3 hari pertama untuk badan suaikan diri dengan puasa, mase tu badan akan lemau semacam je. After 3 hari bila badan da adapt da boleh da lakukan aktiviti macam biasa. 


Tahukah anda, jika rugilah seseorang umat islam itu jika berpuasa sepanjang hari tapi tidak melakukan 4 perkara ini. Jom check sesame:

  • Bangun bersahur tapi tidak menunaikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat
Jika sebelum ni sahur bangun cukup cukup masa je.mungkin sekarang boleh awalkan. Secara tak langsung boleh mengelakkan kita daripada kelam kabut menyediakan juadah sahur kan. Alang alang dah bangun awal tu apa kata mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Lagi banyak rakaat lagi bagus.

  • Hari hari yang berlalu tanpa sedekah
Sedekah boleh dalam banyak bentuk. Sedekah sesama manusia, mungkin masa masak juadah untuk berbuka boleh masak lebih untuk bagi jiran kan.Dapat pahala tau memberi makan pada orang yang berpuasa. Sedekah kepada haiwan. Macam AD akan spare makanan kucing dalam kereta sebab dah selalu jumpa kucing jalanan. time tu nak bagi makan xde pulak makanan so start dari tu memang AD akan spare terus dalam kereta. Lagi lagi musim pkp, banyak kedai tutup diaorang takde sumber makanan. 

  • Rugilah kalian jika menunggu waktu berbuka tanpa menadah tangan untuk berdoa.
Doa orang yang berpuasa adalah antara doa yang mustajab dan waktu mustajab untuk berdoa pula adalah waktu berbuka  so apa lagi guys, manfaatkanlah waktu tersebut sebaiknya. maka doalah banyak banyak. Jangan malu untuk mintak banyak sebab ALLAH itu maha besar..kalau boleh specifickan kemahuan kita  contoh nak kereta bmw warna biru model sekian sekian..itu contoh yaa.

  • Tidak meningkatkan ibadah
Bulan Ramadhan la time kita mudah sangat nak dapat pahala tapi kalau spanjang hari kita dok baring, dok tidur, solat kelaut kan sayang tu. Syaitan kan tiada time ni so perasaan malas tu datangnya daripada diri kita sendiri maksudnya. Rugi sangat tau. Mungkin dulu kita kata sibuk la,penat kerja balik kena masak lagi tak cukup masa untuk pertingkatkan amal. Sekarang PKP apa lagi alasan anda?


Diharapkan sempena bulan mulia ni kita dapat meningkatkan ibadah, perbanyakkan sedekah, Maafkan salah silap AD secara langsung dan tidak langsung. moga kita bertemu dengan malam seribu bulan dan semoga dunia bebas daripada Covid.


 

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. Salam Ramadan dan selamat berpuasa dik.

    BalasPadam
  2. Salam ramadhan al mubarak.
    Semoga ramadhan kalini lagi baik daripada sebelum sebelum ni :)

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut bulan Ramadhan. semoga Ramadhan tahun ini mmeberi sejuta rahmah di dalam kehidupan kita semua. Yang penting Covid-19 segera lenyap di muka bumi ini :)

    BalasPadam
  4. Happy Ramadan:) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  5. salam ramadan
    Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah yang lain2nya

    BalasPadam
  6. Ramadhan Kareem!
    Selamat berpuasa AD

    BalasPadam
  7. Selamat berpuasa Ad. Semoga ibadah kita diterima Allah dan sama-samalah kita menambah amalan menambah pahala.

    BalasPadam