[RECIPE] Laksa lemak bujang

By anakdenesor - Disember 05, 2020

 Satur-cook-Day!!!! yeah so today AD nak share satu resepi ringkas dan mudah disediakan.


Tomato tu saja AD tambah sebab xde timun..jangan pelik pula..hehh

Laksa merupakan salah satu makanan kegemaran AD. Memandangkan penyediaan yang tidak begitu leceh jadi AD selalu juga buat laksa bila ada kelapangan. Jom kita lihat resepi laksa bujang ala AD..eceeeyyy.

Ini Sukatan untuk 1-2 orang makan.
Bahan-Bahan nya:
  • 1-2 ekor Ikan (ikan ni boleh guna ikut ikan kegemaran anda. tapi biasanya AD guna ikan kembung atau selayang)
  • 1 kotak kecil santan
  • segelas air - untuk sesuaikan kepekatan kuah
  • sebatang serai -diketuk
  • satu sudu kecil lada hitam
  • 2 keping asam keping
  • garam
Bahan kisar
  • 2-3 ulas Bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Ulam-ulaman:
  • bawang besar dihiris nipis
  • timun
  • kacang panjang
  • telur rebus
  • salad
Cara penyediaaan:
  1. Rebus ikan sehingga masak kemudian blend ikan tersebut sehingga hancur
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan ikan yang diblend
  3. Masukkan santan dan juga air (pepandai la yea adjust jgn bagi cair sangat)
  4. Masukkan garam, asam keping, serai yang diketuk, dan lada hitam
Amacam mudah kan.. Stay safe and until we meet again


  • Share:

You Might Also Like

26 comments

  1. Gebu2 strip laksa tu, terliur betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kebetulan yang beli kali gemok2 laksa die..pastu lembut je

      Padam
  2. Laksa lemak ini guna mee laksa.
    Ingat laksa lemak cara orang Melaka warna kuning tadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..heheh die sama macam laksam la..cuma laksam buat sendri kan guna tepung kuah je sama

      Padam
  3. Selamat menjamu selera.
    Wak tak boleh makan sebab dah tak bujang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah, tkpe wak boleh makan yang orang rumah punya hahaha

      Padam
  4. Suka gak laksa lemak nih tapi nak masak sendiri sangat lah malas ...sbb Kalo masak pun sorang ja mkn. En suami tak suka..kekdahnya teringin Beli ja lah senang..😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu rasa tak berbaloi pulak klo masak setakat sorang je yg makan nya..sudahnya membungkus la jawapnya hahah

      Padam
  5. Praktis bumbu yang digunakan dan cara penyajiannya, ya ..., rekomen sekali untuk memasak sendiri.
    Sedaaap 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe itu la masak sendiri bila ada kelapangan je

      Padam
  6. rajinnya masak laksa.. bab nk buat kuah tu yg malas. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh leceh sbb nk kne rebus ikan tu pastu blend kan..part yg lain senang je

      Padam
  7. rajinnyaa..amaze gila dgn org yg suka masak ni!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh kena ada minat atie, klo tak memang tak jadi

      Padam
  8. alamak, tidak begitu leceh ke tu? Bagi saya macam leceh semacam..tak pernah cuba buat sendiri. huhu
    but laksa my fav too!

    BalasPadam
  9. wow..wow sedapnya. mama suka kalau ulaman byk

    BalasPadam
  10. Sedapnya nampak laksa tu. Saya suka makan kosong, takde ulam-ulaman tu OK sangat #hantulaksa

    BalasPadam
  11. Walaupun simple, laksa tetap laksa.. sedapnya..

    BalasPadam
  12. Oh macam tu cara buat laksa ye. Nanti nak try.

    BalasPadam
  13. akak makan laksa kuah kena ceroi2 yang lapisan
    lepas isi mendap tu hehe..

    BalasPadam
  14. Teringin nak makan, tapi malas nak buat. Eh macam mana tu.. 😅

    BalasPadam
  15. Laksa lemak bujang first time iena dengar..boleh la buat nanti:)

    BalasPadam
  16. mudah. simple.
    aida ni memang le minat laksa.
    tak kisah la laksa negeri mana :)
    tapi tak pernah buat sendiri sebab asben x makan laksa, AD hu hu huhu...
    so, makan kat kedai aje.

    BalasPadam