Dance in the rain by Rabiatul Faazra #10

By anakdenesor - November 24, 2020

 

Sumber Google


Title: Dance in the rain

Author: Rabiatul Faazra

Format: Paperback

Pages: 210

ISBN: 9789670716541


Kenapa mujahadah itu pahit?

kerana syurga itu manis..



Ini kisah seorang gadis yang mahu mengenal Tuhan. Ibarat diari, dia mencoret tentang percintaan, persahabatan, perubahan diri dan segala macam rasa yang dia lalui. Ada suka dan duka. Ada masam dan manis. Ada masam dan tawar. Ehhh...macam-macam ada.Bercampur perasaannya. Selayaknya menari di dalam hujan. Dance in the rain. Dia ingin sekali berkongsi hakikat perjalanan seorang hamba, sebelum kembali bertemu-Nya 





Buku ni AD terima daripada rakan blogger AD iaitu Kai https://kyratulamira.blogspot.com/. Kami bertukar buku melalui segmen "Book swap: Give a book,get a book" AD ada ceritakan mengenai segmen ni di SINI. Memang AD tak sangka langsung yang AD kan terima buku ni sebab AD adalah sejenis yang tak kisah buku pape pon janji yang kene dgn genre. The moment AD bukak parcel tu kemain excited! Sebab 2 baris ayat diatas yang buatkan AD terus macam freeze kejap sebab ayat tu deep sangat tau.

Buku ni adalah bergenre islamic motivation. Merupakan perjalanan seorang insan untuk memperbaiki dirinya dan pada masa yang sama ingin menyampaikan dakwah manakala pendekatan dakwah yang diambil adalah  secara santai tanpa menghukum dan mempersoalkan keperibadian seseorang.

Buku ini dibahagikan dengan beberapa chapter yang ringkas tapi padat isinya yang dilengkapi sekali dengan contoh dan pengalaman semasa penulis. Gaya penulisan yang santai tapi memberi makna yang mendalam seringkali membuatkan AD untuk berfikir. Seolah nasihat seorang kakak kepada adiknya tentang kehidupan yang dilalui. kadang kita terleka, akan tujuan kita sebagai anak cucu adam adalah untuk menyampaikan ilmu, memartabatkan Islam dimata dunia dan paling penting adalah untuk beribadah kepada ALLAH. Nah, sekali sekala membaca buku sebegini sememangnya seronok. Seolah jiwa yang sekian lama kosong kembali terisi dengan ilmu.

Penulis menyelitkan pengalaman beliau ketika zaman belajar agar ilmu yang dikongsikan lebih sampai kepada para pembaca malahan terhibur hati ini membacanya. Setiap satu chapter yang dikongsi akan disertakan dengan pengalaman, dan juga qoutes yang membina. Untuk semua di luar sana yang seringkali berasa down, seringkali hampir berputus asa, disarankan untuk membaca buku ini, Insyaallah akan mengembalikan jiwa anda.

Moga makin ramai yang berdakwah dengan cara sebegini. Overall AD bagi full stars! yeah!

⭐⭐⭐⭐⭐over⭐⭐⭐⭐⭐


  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. tajuk menarik isinya tentu lebih menarik lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bagi AD ni memang membantu dalam menaikkan semangat

      Padam
  2. dakwah cara simple and terang begini buat menarik kita nak baca kan.... sometimes, cebisan ayat ja buat kita nak tahu byk.. contoh for me yg terpanggil nak tgk cita NUR, persoalan dia Apakah itu adil? Adil itu redha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha betul..quotes depan buku tu yang buat kite rasa cam tertarik teus nk baca buku. Ha betul..cerita NUR tu mmg mencabar emosi betul.sakit hati je tengok.

      Padam
  3. bila tengok tajuk dia, teringat filem indonesia. menarik bukunya, ada dakwah santai :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  4. wow full star tu. Buku yang bagus dengan berdasarkan islamic motivation sudah tentunya dapat merubah semangat seseorang untuk menjadi lebih baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha betul tu..buku yang mengajak ke arah perubahan yang lebih baik tapi kita tak tersa terbeban sebab penyampaian yang santai sebab tu dapat full mark..impak yg besar..hehehe

      Padam
  5. Bahan bacaan bermotivasi ni sangat berguna kan, terutama orang macam zumal ni. Down setiap masa. Kena cari jalan nampaknya...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. haa betul..nak join tak?heheh klo nak inform yea

      Padam
  7. Lama tak menari didalam hujan.. Dulu kalau sedih memang selalu duduk dalam hujan.. lagi lebat lagi best..

    BalasPadam