RESEPI KUAH KACANG꘡It's Satur-cook-Day again! for today I want to share a classic traditional meals that "wajib" ada untuk Hari Raya. Anyway not only hari raya, but could eat that for other occasions too macam makan satay dengan kuah kacang kan.
Asal nasi impit mendapat nama kerana diperbuat daripada nasi yag ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga menjadi satu ketulan yang besar. Ada juga yang memanggil nya sebagai nasi kapit iaitu nasi dikapit diantara 2 pemberat (kebiasaanya dibawah batu penggiling)
Resepi Kuah Kacang
Bahan-bahannya:
- kacang tanah (digoreng dengan sedikit minyak dan diblend)
- bawang merah *
- cili kering *
- serai - diketuk
- sedikit gula melaka
- gula dan garam secukupnya
bahan yang bertanda* dikisar
1. Bawang merah dipotong mayang, dan tumis bawang tersebut sehingga wangi. kemudian masukkan cili kering yang dikisar masak sehingga pecah minyak
2. Selepas itu masukkan kacang yang telah di blend tadi. (AD tak blend hancur sangat sebab nak ada sedikit texture kacang apabila dimakan) Kemudian masukkan kira kira 2 cawan air
3. Bila sudah menggelegak, masukkan pula gula melaka dan garam. Fungsi gula melaka ni adalah untuk meninmbulkan rasa lemak manis. Bagi AD kuah kacang seharusnya mempunyai rasa pedas manis barulah umphh gituw.
Macam mana kawan-kawan..mudah bukan..selamat mencuba!
24 comments
Kalau regukan dengan satay baru ngam
BalasPadamtu la pasal..klo ada satay pergh syok
Padamthank you for the resepi! my grandma buat the best kuah kacang ever in my family P:)
BalasPadamhehehhe tu la air tangan family lagi best
PadamBetul ini menu wajib Hari Raya, makan dengan nasi himpit@impit, zumal kekadang makan dengan nasi putih jer
BalasPadamkan! mmg wajib..mak memang akan buat tiap kali raya
PadamHave a lovely weekend 😊
BalasPadamthank you!
Padamsedapnya, kat rumah ni ada yang segera, nak buat la nasi impit esok hihih
BalasPadamha sila, sila heheh terliur tak haha
Padamthanks for the share....nampak sedap kuah kacang tu...
BalasPadamutk diri sendiri lepas la kak..nak jamu orang tak berani lagi hahah
PadamBenda pertama saya nak cecah kalau ada nasi himpit atau ketupat sudah semestinya kuah kacang!
BalasPadamkan kak amie..syok sangat klo raya ada juadah ni
Padamakak ni masih tak teror lagi buat kuah kacang ni... dah belajar dgn mak mertua pun tak berapa nak jadi... geram kadang
BalasPadamtkpe kak..slow2 belajar..saya ni belajar dari jauh je..hahah mse pkp tu tinggal sesorang pastu call mak cara nak masak die
Padammudah aje caranya tapi tu la mama ni tak berapa pandai nak buat kuah kacang. kena belajar lagi ni
BalasPadammama mesti lagi terer dari AD la..kite ni baru nak belajar hehe
PadamKalau bihun goreng letak kuah kacang pun sedap, tau. Hehe..
BalasPadamtu la kan..paastu klo popiah dapat kuah kacang pon sedap gak..
PadamSedapnya kuih kacang dan nasi impit. Suka makan. tapi jarang masak kuah kacang. hihi
BalasPadam*kuah kacang..opss typo
BalasPadampandai makan je tak reti buat sendiri..
BalasPadamselalu makcik n mak je yang sediakan kitaaa makan laju hhe..
tengok resepi yang AD kongsi ini, macam mudah.. Kak Sha selalu beli yang instant je.. hehehe
BalasPadam