Kepulauan Riau, Kepri terkini | Bermula 6 Feb hingga 9 Feb yang lepas AD berkesempatan untuk meneroka Pulau Lingga yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Penglibatan AD ke pulau tersebut adalah atas undangan untuk majlis perasmian Nongsa Neptune Regatta sail to Lingga 2019. Ada AD ceritakan di post yang sebelum ini,klik sini.
Namun yang uniknya perjalanan AD pada kali ini ialah menggunakan jalan laut sebagai sumber pengangkutan utama, masih macam biasa wajib mempunyai passport ya. Bayangkan perjalanan yang mengambil masa berjam semestinya membuatkan perut memanggil manggil meminta untuk diisi. Setelah sampai di Pulau Batu belubang kami disambut oleh tuan rumah iaitu Pak Hasnan dan Ibu dewi serta dihidangkan juadah tengah hari. Penduduk kampung ini masih mengekalkan tradisi bergotong royong bagi menyediakan juadah kepada para tetamu (kami)
credit to Bams |
Keindahan Lingga bukan hanya pada pasir pantai yang memutih bahkan pada kehijauan flora yang masih terjaga hingga saat ini. Jesteru itu mai bersama AD bagi mengupas tempat tempat yang menarik untuk dilawati di kepulauan riau Lingga ini.
1.Desa Batu Belubang
Desa Batu Berlubang yang memang terkenal dengan desa yang bersih malahan sudah beberapa kali memenangi gelaran desa yang terbersih. Desa ini mendapat nama desa batu belubang berdasarkan batu nya yang berlubang di tengah tengah.
2.Air Terjun Resun
Tahukah anda masih terdapat air terjun yang terpelihara daripada sebarang pembangunan. Air terjun ini berada di bahagian utara Pulau Lingga. Diberi nama sebagai Air terjun Resun. Air terjun Resun ini mempunyai sudut kemiringan 45 darjah dan dianggaran berukuran 100 meter panjang membuatkan air tidak terus mencapai ke dasar air terjun sebaliknya mengalir di dinding landasan yang berbatu. Merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi setelah berpenat lelah seharian. Airnya yang sejuk membuatkan anda segar selepas aktiviti bermandi manda.
3.Masjid Jami'Sultan Lingga
Tidak lengkap rasanya perjalanan anda jika tidak singgah di masjid lama yang menyimpan seribu satu memori. Mssjid ini yang masih mengekalkan rekabentuk yang asli dan diselinggara dengan baik. merupakan Masjid yang tertua di kota Daik ini. Alangkah ruginya jika tidak melawat masjid ini.
4.Istana Damnah
credit to bebelancikmin untuk foto |
Bagi penggemar sejarah, anda harus datang ke tapak objek wisata situs Istana Damnah,Kabupaten Lingga. Diceritakan dulu bahawa Istana Damnah ini adalah tapak asal istana yang telah dipindahkan oleh Sultan Mahmud Shah III daripada Bintan ke Daik. Di sebelah bahagian tinggalan tapak tersebut dibina replika istana ini bagi memudahkan para pelancong untuk mendapat gambaran mengenai istana ini.
5.Pemandian Lubuk Ppan
Berhampiran dengan istana Damnah, terdapat kawasan riadah yang bernama Wisata Pemandian Lubuk Papan. Terdapat sejarah yang mengatakan kawasan ini dahulunya menjadi tempat Sultan memandikan kudanya. Ada yang menyatakan juga bahawa petua untuk awet muda ialah dengan meminum air daripada sungai tersebut.
6.Musium Linggam Cahaya
Berhampiran dengan istana Damnah, terdapat kawasan riadah yang bernama Wisata Pemandian Lubuk Papan. Terdapat sejarah yang mengatakan kawasan ini dahulunya menjadi tempat Sultan memandikan kudanya. Ada yang menyatakan juga bahawa petua untuk awet muda ialah dengan meminum air daripada sungai tersebut.
6.Musium Linggam Cahaya
Ingin melihat koleksi tinggalan sejarah? Maka ini lah tempatnya. Musium ini mempunyai 2 tingkat. Bahagian bawah dipenuhi dengan artifak barang lama serta sejarah melayu, manakal bahagian atas pula dipenuhi dengan haiwan pra sejarah yang menjadi daya tarikan utama disini. Unik sangat, anda pasti teruja melawat musium ini. Anda juga boleh melihat kewujudan gunung daik di bahagian luar musium ini.
Namun gunung daik yang dahulunya bercabang tiga kini hanya tinggal dua sahaja, seperti yang diriwayatkan gunung Daik ini mempunya tiga cabang iaitu Daik,Pejantan dan Cindai. Diceritakan sebelum gunung Daik ini patah menjadi 2 cabang sahaja, Puncak Cindai akan meratap menagis sehinggalah tagisan tersebut tidak lagi kedengaran setealah puncaknya patah, setelah itu penduduk sekitarnya menggelarnya sebagai Puncak cindai menagis.
7.Pantai Pasir Panjang Karang bersulam
Keindahan pantai ini yang memukau..bersih dengan air yang kebiruan warnanya. Amat mendamaikan hati bagi yang melihatnya. Ditiup angin pantai membuatkan hampir terlena.
8.Pulau Pancur
Merupakan sebuah perkampungan air. Jalan air menjadi sumber utama mereka untuk kemana sahaja. Apa yang dapat ku simpulkan disini ianya merupakan perkampungan yang sangat sederhana. Perkampungan ini juga lengkap dengan pos polis tau. Diharapkan dengan post ini sedikit sebanyak memberi anda idea mengenai tempat yang boleh dilawati ketika di kepulauan Riau Lingga
18 comments
Seronoknya kalau dapat jalan2 ke sana :)
BalasPadamalhamdulillah rezeki berjalan
Padammenarik
BalasPadamboleh letak dalam wish list ni
Padammenarik :)
BalasPadamitula..itu pon rasa byk lagi tempat kene pi
Padamwahhh AD pun da pergi batam yeee...bestnyaaa
BalasPadamaah rezeki..dapat pergi time tu..tu la..ada part yg best ada yg tak best hehe
PadamWah bagus Ni siap Ada list boleh refer nanti
BalasPadamni tempat yg AD sempat teroka la masa tu..hee
Padambanyak tempat menarik rupanya cuma mereka x exposed kn kpd dunia luar...
BalasPadambanyak tapi kne naik bot..seksa nau
PadamWah.. menariknya.. tak tahulah bila sampainya..
BalasPadammenarik kan..insyaallah dekat je tu sis..mai pi
Padamnice...tempat-tempatnya menarik.
BalasPadambanyak pulau actually kat batam ni..tapi pergi bru beberapa tempat je..xcukup masa nak explore
PadamSeronoknya AD dapat peluang berjalan ke sini. Tempatnya cantik sangat. In sya Allah kena cuba menabung lagi ni untuk merealisasikan hasrat nak berjimbaan di sana sini
BalasPadamitu la rezeki alhamdulillah..bole kak..dekat je batam..insyaallah bole
Padam