Kekal aktif bersama Safi Shayla Pakar rambut wanita bertudung

By anakdenesor - Mei 07, 2018

Kekal aktif bersama SAFI SHAYLA Pakar rambut wanita bertudung | Recently SAFI SHAYLA telah relaunch produk mereka yang bertempat di District 21 di IOI City Mall,Putraja. Sesuai dengan tema SAFI SHAYLA yang ingin menonjolkan bahawa wanita yang bertudung juga boleh kekal aktif dengan SAFI SHAYLA, ini kerana District 21 merupakan indoor theme park yang mempunyai pelbagai aktiviti lasak. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Mr.Sriram Krishnamurthy iaitu chief executive Wipro Unza (malaysia) sdn bhd, disusuli dengan ucapan oleh wakil SAFI kemudian diadakan pula aktiviti terdiri daripada rakan blogger,media dan tetamu jemputan.










Seiring dengan gaya hidup wanita masa kini yang lasak juga aktif SAFI SHAYLA come out dengan formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat iaitu Habbatus Sauda serta kebaikan daripada Micro Bamboo Charcoal.

  •  Seperti yang anda sedia maklum, HABBATUS SAUDA  merupakan antara salah satu ramuan yang telah mempunyai pelbagai manfaat kepada pengguna
  • Penggunaan  HABBATUS SAUDA dalam produk SAFI SHAYLA diyakini dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan mengekalkan rambut sihat serta membuatkan rambut menjadi lebih lembab dan bersinar.
  • MICRO BAMBOO CHARCOAL pula berfungsi sebagai membantu mengurangkan toksin daripada kulit kepala,mengruangkan minyak dan memberikan sinar kepada rambut. Hasilnya tiada lagi masalah rambut berbau.
Dengan penambahbaikan formulasi dalam rangkaian produk, SAFI SHAYLA kini kembali dengan pembungkusan yang baru dan menarik malah terdapat beberapa produk baru daripada SAFI SHAYLA iaitu Mist 2 dalam 1(rambut & hijab),serum rambut dan minyak rambut. kalau tanya AD of coz la AD suka design packaging yang baru ni..nampak lebih elegant.


Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

8 Variasi SAFI SHAYLA
a)   SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b)   SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

c)   SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e)   SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f)     SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h)    SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

Selain daripada normal botol, SAFI SHAYLA juga menyediakan syampu dalam bentuk syampu pouch (480G)  dan syampu pump (520G) yang mana masing masing mempunyai 5 variasi. AD tertarik dengan idea syampu pouch ni..yeala sometimes kite da beli sebotol bila habis no need dah untuk beli botol baru..just refill je kan..dan selain itu, bila menggunakan syampu pouch ni senang sket nak travel just campak je dalam beg sebab lagi ringan kan.



Rangkaian produk terbaru daripada SAFI SHAYLA

a)SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab 

Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat. Uniknya mengenai mist ini adalah sifatnya yang cepat kering. Boleh digunakan terus pada rambut dan bg wanita bertudung pula cuma semburkan terus pada tudung anda. Haruman yang menyegarkan dan dapat bertahan sehingga 24jam. AD memang jatuh hati dengan mist ni setelah mencubanya,dan now merupakan item wajib yang AD letak dalam beg.
b)SAFI SHAYLA Serum Rambut 
 Antara ramuan yang terdapat dalam serum rambut ini adalah:
  • Minyak organik Habbatus Sauda yang berfungsi untuk memberikan perlindungan UV dan membekalkan nutrisi untuk rambut 
  • Minyak Moroccan Argan Organik yang kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
  • Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
  • Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat 
c) SAFI SHAYLA Minyak Rambut 
 
SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

i)        SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

ii)     SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
iii) SAFI SHAYLA  Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. 


 Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :
Facebook: www.facebook.com/SAFIMY
instagram: SAFI@safimalaysia
Youtube: www.youtube.com/safimalaysia

Jom kita lihat gambar di sepanjang aktivi berlangsung.





  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Produk safi shayla memang pilihan utama akak sekarang... =) dan produk nie memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. best sgt..AD ad problem rmbut berminyak..pas blik event terus cuba syampu die..excited nyaa ringan then bau wangi..minyak pon xdah..

      Padam
  2. Balasan
    1. kan! daripada yg lama..igt lagi yg lama full body kaler..yg ni lagi cntik

      Padam
  3. Cantik pula packing ia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la lepas die tukar packaging kan..lagi menarik

      Padam
  4. Hana dengan produk safi memang berpisah tiada haha ^^ sep sikit pengguna Safi!!

    BalasPadam