Post kali ini khas untuk anda yang ingin kan port healing baru. Collaboration bersama cik Kigrahh membawa anda ke lokasi yang agak jauh tapi serious berbaloi dan berpuas hati jika anda ke sini. Warung Ngarai yang terletak di Kedah dengan berkonsepkan ala-ala 80an. Pondok dan kerusi kayu yang sangat aesthetic bagi anda, foodstagram.
NO 30, KAMPUNG BUKIT, Kampung Kuala Kuang, 09200 Kupang, Kedah
Warung Ngarai |
Suasana kampung yang nyaman |
Berlatarkan gunung |
Terdapat pelbagai menu yang anda boleh cuba disini. Antara menu yang popular adalah lontong, soto, pulut darat Dan juga nasi lemak ayam berempah. Menarik bukan.
Soto (RM7) dan kopi sutera (RM7) |
kopi sutera & Koko goncang(RM10) |
Menu yang pelbagai dengan harga yang murah. Antara makanan yang sempat kami makan seperti roti bakar (RM3), Kopi sutera (RM7), koko goncang (RM10), lepat Pisang dan and lemak sotong dengan jumlah keseluruhan hanyalah RM30. Tersangat lah berbaloi.
Jadi untuk anda yang tinggal di Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah dengan suasana kampung yang santai.